Online Diary blog lynn: April 2013

Selasa, 30 April 2013

Segmen Topup 24 Jam Fizgraphic



Assalamualaikum w.b.t

Segmen ini akan berlangsung selama 24 jam sahaja mulai pada jam ini. 
So besok pada pukul 12 Tengahari bertarikh 1 Mei 2013 akan TAMAT.
Segmen ini ditaja oleh Fizgraphic, EmasPutih, CikLyeen, Hakimie, Cimie, Alia dan Amirul.

Syarat-syaratnya : 

Buat entry bertajuk :
Segmen Topup 24 Jam Fizgraphic


Follow blog tersebut :

Like Fan Page

Follow Google +


Follow Twitter




WAJIB Copy paste coding entry yang diberikan dibawah ini dan paste kan ke ruanganhtml post. *kalau x faham sila ikut step dibawah*




SIAP? Tinggalkan link entry di ruangan komen di bawah.

HADIAH : 
Top Referal
RM10 x 4

Random
RM5 x 8

SELAMAT MENJOINKAN DIRI!



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Ahad, 28 April 2013

SEGMEN: Saya Nak Free Gift by Miratul Reyyah

klik banner

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Jom reramai follow

klik banner

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

simple GA by azlan






klik banner uk join



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

kerabu kaki ayam

Bahan2

10 pasang kaki ayam (20 ketul) ~ bersihkan & potonglah apa2 yg patut..
  2 labu bawang besar*
 10 biji cili padi* (boleh kurangkan atau lebihkan)
  1 kuntum bunga kantan *
  2batang serai*
  1 biji tomato ~  potong kiub
  3 sudu besar sos ikan nampla~ x de sos ikan jadi guna sos sotong
  2 biji limau nipis ~ ambil jusnya (boleh lebihkan kalau suka lebih masam)
  1/2 sudu besar gula
  Sedikit suhun 

Cara2 menyediakan

1. Kaki ayam direbus sehingga betul2 empuk. Bila dah empuk angkat & masukkan dlm tapis & siram dengan air panas. Ketepikan dahulu.Suhun di rendam dan dicelur dgn air panas...pastu toskan ia...=)
2. Semua bahan2 bertanda* dihiris. Serai pula dihiris betul2 nipis & semua bahan hiris dimasukkan dalam satu bekas. 
3.Campurkan kaki ayam yang dipotong tadi bersama2 bahan hiris. Masukkan tomato yang dihiris, sos ikan, jus limau nipis,suhun & setengah sudu besar gula. Kacau rata2 sehingga mesra.  Bolehlah dihidang segera..

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sabtu, 27 April 2013

KETAM BERLADA





bahan-bahan
1) Ketam dikerat 2 (1 ekor)
2) Pes cili (4 sudu)
3) Bawang merah (4 ulas)
4) Bawang putih (1 ulas)
5) Bawang besar dipotong ulat (1/2 biji)
6) Air asam jawa (secukupnya)
7) Garam (secukup rasa)
8) Gula (secukup rasa)
9) Minyak untuk menumis (secukupnya)


cara memasak

Tumis bawang putih (diketuk) hingga wangi, diikuti dengan bawang
 merah (dipotong halus).
Masukkan pes cili. Kacau hingga pecah minyak.
Masukkan garam dan gula. Kacau sebati.
Masukkan bawang besar. Biar hingga bawang besar layu.
Masukkan ketam dan air asam jawa. Kacau sebati.
Tutup kuali supaya ketam masak sekata.
Kacau hingga pecah minyak sebelum dihidang.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

KETAM BLACK PEPPER

Bahan-bahan:

2 ekor ketam (anggaran 850g)
Segenggam kecil lada hitam
3 ulas bawang putih
1 inci halia
3-4 sudu kicap cair
3-4 sudu sos plum
4-5 sudu sos tiram
Sedikit garam
secubit dua gula
2 pokok daun kucai
Minyak


Cara-cara:
  • Rebuskan ketam dengan air yang minimum. Ketepikan
  • Tumbuk lada hitam, bawang putih dan halia hingga hancur.
  • Tumiskan hingga agak garing. Masukkan air rebusan ketam.
  • Masukkan sos dan masak hingga pekat.
  • Seimbangkan rasanya.
  • Masukkan ketam dan daun kucai. Kacau sebentar dan tutup api.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

KETAM GORENG TELUR MASIN






bahan-bahan
  • 3 ekor ketam
  • 2 biji telur masin
  • 3 sudu besar butter
  • 1/4 - 1/2 cawan susu cair
  • 2 tangkai daun kari
  • 3 ulas bawang putih
  • 2-3 biji cili padi - hiris 
  • sedikit garam dan gula

Cara-cara
  • Belah ketam kepada dua atau empat bahagian.Cuci bersih.
  • Rebus telur masin. Kemudian keluarkan isinya dan hancurkan.
  • Panaskan butter, tumis bawang, cili dan daun kari hingga naik bau.
  • Kemudian masukkan susu cair. Dan masukkan sekali ketam.
  • Tutup kuali supaya ketam masak sepenuhnya. Sesekali balik2kan supaya masak sekata. Apabila kuah hampir kering, masukkan telur masin dan gaul mesra. Perasakan dengan garam dan gula. Garam jangan banyak sbb telur dah masin. Keringkan sebentar dan matikan api. 
  • Angkat dan hidangkan.
  • Nota : Jika ingin ketam digoreng dahulu, campurkan ketam dengan 3 sudu tepung jagung dan sedikit garam. Goreng dengan minyak yang banyak sehingga masak. Kemudian toskan

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

SARDIN MASAK LEMAK CILI PADI







Bahan-bahan:
  • 1 tin besar sardin 
  • 2 biji kentang - belah 8 setiap satu
  • 1 kotak santan segera
  • 1 biji tomato - belah 6
  • 1 keping asam gelugur
  • 1 batang serai - dititik
  • 1 helai daun kunyit
  • Air secukupnya
  • Garam

Bahan kisar/tumbuk:
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 8 biji cili padi
  • 2 cm kunyit hidup

Cara Memasak:
  1. Masukkan santan, bahan tumbuk dan serai ke dalam periuk dan masak kuah hingga hampir mendidih. Kemudian masukkan kentang dan daun kunyit. Biarkan kentang masak hingga empuk.
  2. Masukkan ikan sardin bersama sosnya. ambil sebahagian saja sosnya. Kacau hingga semuanya sekata.
  3. Masukkan tomato dan perasakan dengan garam lalu angkat

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

SARDIN MASAK KARI

Bahan2:
*Santan
*Ikan sardin dalam tin-2(bersaiz besar)
*Bawang merah-2 biji
*Bawang putih-3 ulas
*Sedikit halia
*Serbuk ikan kari-2 peket bersaiz kecil
*Sejemput herba campur
*2 keping asam
*tomato(pilihan)
*kentang-6 biji(dipotong 8)
*minyak untuk menumis

Cara-cara:
1)Kisar bawang putih, bawang merah dan halia secara berasingan.
(Saya guna batung lesung je)
2)Masukkan serbuk kari dan daun kari ke dalam mangkuk lain. Tambahkan air dan gaul rata.
3)Kemudian, minyak dimasukkan ke dalam periuk dan tumiskan herba campur sehingga naik bau sedikit
4)Bawang merah dan halia dimasukkan . Tumis sehingga naik bau dan masukkan bawang putih. Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan air tadi.
5)Kentang dimasukkan dan biarkan sehingga kentang betul2 empuk.
6)Setelah empuk, masukkan asam keping dan sardin bersama kuahnya.Masukkan santan dan biarkan merenih.
7)Tambahkan garam jika perlu dan boleh masukkan tomato jika suka..^_^

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen