Bahan2
10 pasang kaki ayam (20 ketul) ~ bersihkan & potonglah apa2 yg patut..
2 labu bawang besar*
10 biji cili padi* (boleh kurangkan atau lebihkan)
1 kuntum bunga kantan *
2batang serai*
1 biji tomato ~ potong kiub
3 sudu besar sos ikan nampla~ x de sos ikan jadi guna sos sotong
2 biji limau nipis ~ ambil jusnya (boleh lebihkan kalau suka lebih masam)
1/2 sudu besar gula
Sedikit suhun
Cara2 menyediakan
1. Kaki ayam direbus sehingga betul2 empuk. Bila dah empuk angkat & masukkan dlm tapis & siram dengan air panas. Ketepikan dahulu.Suhun di rendam dan dicelur dgn air panas...pastu toskan ia...=)
2. Semua bahan2 bertanda* dihiris. Serai pula dihiris betul2 nipis & semua bahan hiris dimasukkan dalam satu bekas.
3.Campurkan kaki ayam yang dipotong tadi bersama2 bahan hiris. Masukkan tomato yang dihiris, sos ikan, jus limau nipis,suhun & setengah sudu besar gula. Kacau rata2 sehingga mesra. Bolehlah dihidang segera..
0 ulasan:
Catat Ulasan